Sayonara Jahiliyyah by MuharikahMy rating: 4 of 5 stars
Buku yg nipis, aku suka sebab isinya yg straight to the point dan simple. Isinya deep tapi ditulis dengan kata mudah. Part yg paling terkesan, adalah apabila katanya manusia masih lagi bingung samada mahu meninggalkan jahiliyah 100% sehingga mereka memilih utk 'neutral' membaca alquran dan mengikut sunnah di pagi hari, tetapi masih ada karat-karat jahiliyah dri dalam dirinya seperti bertabaruj dalam berfesyen, ketagih permainan video, menonton tv kegemaran dsb. Tidak dilupakan penjajahan akal dan fikiran sekular, liberal yg makin lama makin bertapak.
Maka pada pendapat aku perjalanan untuk meninggalkan jahiliyah ini merupakan proses yg sukar, tetapi tidak mustahil. Untuk diri aku yang tidak kuat, aku merasakan perlunya kepada keadaan sekeliling yang merangsangkn serta daya ingin berubah yang kental. ya, beri masa utk aku untuk berubah. Aku hadam benda ini dari dulu, tetapi masih lagi ada sisa-sisa jahiliyah yang aku tidak ingin tinggalkan. Mungkin aku tidak dapat lihat apakah istiqamah itu akan ada. Mungkin juga aku tidak yakin samada usrah itu membina atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kerana aku lihat, mereka masih lagi orang yang sama dengan kebanyakan. Mungkin juga aku sudah ada bias dan jadi prejudis. Mungkin.
Aku masih lagi terkesan dengan kata-kata Syed Quth dalam muqaddimah Zilal; bagaimana pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga dgn ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Mengapa mereka jatuh ke lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yg dapat meluhur, memberkati dan membersihkan jiwa seseorang?
Aku terkesan. Masih dalam pemikiran kanak-kanak kah kita?
4 bintang. Pembacaan yg membina, cukup untuk buat aku berfikir. Doakan agar aku diberi petunjuk oleh Tuhan. Amin.
View all my reviews
Setiap kali aku baca review ini, aku serba salah sebenarnya. Apa khabar iman aku sebenarnya?
No comments:
Post a Comment