Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya by Shaharom TM SulaimanMy rating: 5 of 5 stars
Pembacaan terhenti-henti. Mungkin sebab semester 2 di universiti, hidup makin kacau-bilau subjek makin susah, baca buku kena tinggal.
Baca buku pelajaran jelah jawabnya.
Cuti raya & cuti semester buatkan aku kembali gigih untuk baca buku walau aku dah ngada-ngada masuk reading slump phase. Cuba jugak untuk beri komitmen baca, aku hampir terlupa baca buku begini seronoknya.......
Menyelak muka surat buku yang tertunggak dan mara ke hadapan dengan tajuk-tajuk yang berlainan buatkan aku kembali segar & larut dengan dunia buku. Buku ini ditulis oleh Shaharom TM Sulaiman, pensyarah pengajian maklumat uitm yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan. Pernah bertugas sebagai pustakawan di perpustakaan negara Malaysia selama 10 tahun kot.
Siapa sangka buku punya aura yang begitu menarik dan menggiurkan? Dan untuk menulis ideologi buku dalam definisi yang bervariasi, aku tidak sangka falsafah buku dapat dihuraikan dengan baik sekali dalam setiap artikel/rencana yang beliau tulis. Aku mengetahu banyak perkara tentang buku melalui buku ini. bibliofil dalam perspektif sejarah & peradaban. Siapa sangka bibliokleptomania seperti stephen carrie blumberg wujud? Adakah biblioholisme sesuatu penyakit? Aku juga suka rencana tentang tokoh dengan sifat suka membacanya seperti Albert Einstein dan pencinta buku dari nusantara seperti Jaafar Abd.Rahim, Tengku Abdullah & pengkaji kitab ulama Wan Mohd Shaghir. disini juga ade artikel berkenaan Afred Nobel, yakni pengasas hadiah Nobel Kesusateraan. aku juga suka bahagian travelog pencinta buku. Selepas membaca ini, aku jadi teringin untuk melihat sendiri buku langka ataupun buku terpakai yang tua usianya tetapi bernilai berikutan ilmunya yang kekal muda tidak lekang dimakan zaman. Baru aku tahu wujudnya penubuhan kota buku kl dan wujudnya book city seperti Paju Book City di Korea Selatan.
Sisi aneh dunia buku juga menarik. Kalau aku sebutkan butirnya di sini sudah tiada unsur penarik la kan? hehehe.
Akhir kata, aku suka buku ini. Lain dari lain. Buku bahasa melayu pula itu. Buku ini aku dapat waktu berburu di pesta buku di picc hari itu. Berbaloi kerana buku seperti ini jarang sekali untuk aku lihat di kedai buku metropolitan. Cumanya untuk bacaan yang lebih 'deep' dan huraian yang lebih terperinci, anda boleh cuba buku lain. Apapun, bagi aku buku ini sahaja sudah cukup bagi aku untuk terus jatuh cinta...dalam dunia buku.
View all my reviews
No comments:
Post a Comment