Jul 24, 2014

Review: Love & Misadventure

Love & MisadventureLove & Misadventure by Lang Leav
My rating: 4 of 5 stars

izinkan aku utk berbahasa melayu. bru apa yg mahu dikatakan itu sampai. walau bukanlah layak untuk berkata apa-apa pasal sastera lol

membaca buku lang leav - love & misadventures ialah satu pengalaman yg bagus dan menyenangkan. rasanya tidak lama bg aku, mungkin hanya beberapa minit utk aku jatuh cinta dgn karyanya.
satu keunikan koleksi karya Lang leav ini, karyanya bukan dipenuhi dgn perkataan kompleks yg tinggi levelnya utk difahami tetapi terletak pd ke 'simple' an barisan kata yang pendek, namun tetap indah.

aku juga faham kenapa karya ini tidak digemari oleh para pencinta sastera. sesuatu yg indah mungkin perlu kepada sifat kompleks, selalunya. bukan kerana karya ini karya picisan, tetapi karya ini ditulis kepada semua, dan simple itu perlu untuj menjadi daya penarik dengan tajuk universal yg ku kira tak lapuk di telan zaman, iaitu cinta. cinta itu abstrak. dan untuk mendefinisikannya aku kira manusia bisa pening haha

tahniah lang leav. pendekatan yg mencengkam. sajak yg kemas dan tidaklah membazir pokok seperti yg ku baca dalam review review ini. kelemahannya mungkin terletak pada apa yg aku katakan tadi - penerimaan. untuk diterima masy aku rasa lang leav sudah punya aura yg kuat. untuk naik ke tingkat seterusnya, mungkin lang leav perlu pergi kepada pendekatan berbeza. itu pun jika itu yg dia mahu. bg aku, karya ini sudah cukup hebat. puitis dan keindahan itu ada, aku rasa itu pun sudah cukup.

one word: mencengkam.

View all my reviews

Buku Lang Leav ni kan, kalau boleh aku beli dah lama aku beli. Tapi masa aku teringin sangat nak baca tu kan, aku sampai desperate (desperate hahaha)download e-book dekat internet. So, jadilah cerita baca ebook dulu baru nampak buku itu dekat mph Setia City Mall. Nak beli macam ada buku lain nak beli sooo Lang Leav I want to show you my appreciation but sobbss sobsss. Takpelah, aku puji je boleh kan? Aku siap ecommend lagi buku ini dekat orang-orang sekeliling aku. Housemate akulah hihi.

No comments:

Post a Comment