Aku Hamasah As-Syabab by Afiq SazlanMy rating: 4 of 5 stars
pada awalnya aku telah baca 1 buku aku yg berjilid yg dipinjamkan kawan aku. first impression, lain dari yang lain. mungkin menarik utk dieksplorasi. setelah aku baca, aku makin tertarik dan dahagakan lagi. dan aku tunggu waktu akan datang, semoga dapat bertemu buku sebegini lagi.
atas takdir Tuhan, aku melintasi booth jualan terbitan iman publication di universiti tempat aku belajar. aku melihat buku yg ada dan sedikit gembira melihat buku 'Aku' ternyata ada di situ, dalam versi yang lebih tebal.
lalu aku bertanya,
"buku yang ini berapa?"
"rm30"
terdetik di dalam hati sanubari aku, mahal gila! ((walau bila difikir balik, tiadalah terlalu mahal pun, mungkin aku masih terkesan dengan jualan murah big bag wolf yang murah ya Rabbi sampai tak sedar this is affordable actually)) ((mungkin juga aku sudah tiada wang ketika itu, maka otak aku didominasi perkataan mahal haha))
Aku bertanya,
"boleh kurang lagi?"
abang penjual itu tersengih-sengih. katanya itu kena tanya orangnya. aku pun tidak memaksa lebih. cuma aku bertanya lagi,
"berbaloi tak kalau beli buku ini?"
orang itu menjawab,
"bergantung pada niat dan kesan. klau anda betul2 boleh ambil pengajaran daripada buku ini, ya ia berbaloi. lagipun buku ini sudah terjual 10,000 seluruh negara.."
oh. melihat duit Rm50 yang ada, aku seolah teragak-agak untuk membeli. nak keluarkan duit, rasanya malas juga utk ke bank; banyak duit aku habis bulan itu dengan kos sara diri yang tinggi di cyberjaya ini.
aku terfikir, sejak bila aku jadi berkira-kira soal buku ini? aku tercegat di situ dan hanya melihat abang tersebut melayan pelanggan lain yang ingin membeli buku-buku mereka. aneh, nampaknya aku sahaja yang banyak karenah gamaknya haha.
dan kemudian, datang satu lagi pemuda. baru habis solat zuhur rasanya. wajahnya seolah familiar.
aku masih tercegat dekat situ buat halang laluan orang sambil memegang buku 'Aku' itu.
abang menjual kemudian berkata kepada aku,
"haa, yang itulah penulis buku aku itu."
aku melihat dirinya. Wahai, patutlah aku rasa pernah lihat. wajahnya di cover muka buku ini! nampaknya di luar dia seorang yang tinggi, kurus lampai dan putih. beliau memakai baju t-shirt, berseluar jeans dan pakai kaca mata.nampaknya pemalu, senyap sahaja di situ, apatah lagi melihat aku yang masih lagi memegang buku tak beli-beli. wajahnya nampak tenang dan bila ada orang menyapa beliau, dengan lembut beliau menyambut, dengan kata2 yang lembut dan sopan didengar. aku tertarik.
lalu minda aku berkata-kata mengulangi ayat aku tadi,
'sejak bila aku berkira soal buku ini?'
'selama ini, mak ayah aku tidak pernah mengajar aku utk berkira soal buku, apatah lagi jika buku itu buku yang baik.'
aku bertanya lagi walau dah tahu,
"rm30 kan?"
lalu menghukur not rm50.
orang itu senang, lalu menerima not rm50 itu dengan senyuman. aku juga senyum.
oleh kerana aku serba salah terlalu banyak songeh si hadapan si penulis ini, aku kira lain kali sahaja aku minta sain autografnya. hakikatnya, memang tiada peluang kedua sobs sobs. apapun, aku bersyukur kerana dipertemukan diri penulis di luar dan diri penulis didalam; buah pemikirannya. penulisan yang puitis, membakar semangat dan penuh dengan cetusan idea pemuda. masakan tidak buku ini dinamakan 'Aku hamasah as-syabab' ?
ku kira kita perlukan lagi ramai pemuda untuk menerajui gerakan dakwah ini.
dan akhirnya aku juga tahu mereka ini ialah 'dropout' yang sanggup tinggalkan bidang yang mereka ceburi semata-mata untuk gerakan dakwah islamiyah dengan cara yang mereka sukai, fotografi, penulisan mahupun filmography. sungguh berani. sungguh passionate.
apa yang aku doakan,
moga berjaya suatu hari nanti...dan moga Allah redha.
sedikit kata-kata Afiq Sazlan yang dipetik dri buku ini;
'Tiada yang lebih aku takuti,
daripada syabab yang mati.
Mati bukan pada akalnya,
tetapi pada cita-citanya.
Kerna tanpa cita-cita,
tiadalah harapan dan doa.
Pabila doa sudah tiada,
apa lagi yang kita ada?'
Moga Allah redha.
View all my reviews
Buku ini aku beli masa jualan berlangsung kat cucms jugaa. Tak surela pasal apa. Bila fikir balik, RM30 murah apa. Entah kenapa aku ingat mahal aishh. Berbanding buku international, rm30 is affordable la. Buku ini aku baca bulan April hari itu.
No comments:
Post a Comment