Bercakap Dengan Jun by Hasrul RizwanMy rating: 4 of 5 stars
sepatutnya 5 bintang. tp kali ni aku bagi 4.5 bintang. bukan sebab buku ni kurang best, tp aku fikir ini adalah percubaan aku utk jd lagi cerewet haha. menjadi ke? bias aku masih ada lol
apapun, 4.5 bintang atas jln cerita yg lain dri yg lain. percubaan yg menjadi oleh saudara Hasrul Rizwan. penuh dgn unsur2 sinikal yg kelihatan menyindir tp bertujuan utk mendidik. jujur. utk melihat dri sudut Jun, aku seolah-olah berada di dalam alam yg lain, cuba melihat perspektif, tanpa cuba prejudis. dan aku gembira. anum, saigon sudah cukup buat aku gembira dan walaupun dah dapat agak cerita ini bakal melankolik sedikit, aku masih lagi menangis di hujung cerita. kasihan. percubaan acah2 strong aku terkandas di hujung cerita. mungkin juga kerana unsur bahasanya yg mudah tp menusuk. mungkin juga emosi yg diterapkan mampu aku hadam. mungkin juga aku ini yg cengeng. alahai.
aku gembira sepanjang pengembaraan ini & aku tak kisah pendapat org lain. kalau aku gembira, maknanya aku dapat menghadam & aku dapat nilai, unsur yg cuba utk disampaikan penulis. plot yg menarik. deskripsi yg jelas. nilai moral juga ada.
yg aku tidak puas hati, kenapa lah ending dia mcm ni. tidak adil betul. mungkin juga tiada yg adil dalam dunia ini. yg adil cuma diakhirat nnti kan?
buku ini sebenarnya memanggil-manggil aku dri tahun lepas lagi tapi aku biarkan sahaja kerana sibuk utk adapt dengan bacaan org lain. haha. akhirnya aku kembali ke tempat asal. aku suka buku ini. semestinya jangan cuba menilai buku dri rupanya.
View all my reviews
Ingat nak up-to-date semua buku yang aku baca sepanjang foundation ini. Tapi takpelah, kita ambil yang aku rasa best untuk dikongsi.
No comments:
Post a Comment