
ececeh. Malu la tuw :p
Salam dan selamat sejahtera.
Tujuan aku buat post hari ni adalah untuk buat review. Tetiba aku teringat aku pernah cakap aku akan bgtau apa yang aku rasa pasal School2013 selepas habisnya marathon drama ni rabu lepas.
Janji harus dikotakan.
So apa sebenarnya kandungan School2013 ni? Sekali imbas, pastilah kita dapat agak - kehidupan pelajar, belajar, hubungan antara watak2 utama dan rakan sekelasnya..percintaan. Tak lari dah kan daripada itu?
Anda silap.
![]() |
| Antara watak2 School2013. |

School2013 ni langsung tak menyentuh isu percintaan. I mean, banyak lagi topik yang kita boleh buat selain cinta kan ? Ke guane ? Apapun, bagi aku, drama ini telah membuktikannya. Kehidupan setiap pelajar dan masalah mereka dirungkaikan..sekaligus menunjukkan peranan guru dalam membentuk para pelajar menjadi seorang yang berguna. Dengar macam bosan..tapi sekali lagi anda SILAP.
Teacher Jung In Jae ialah seorang guru yang bersemangat untuk mendidik anak bangsa. Malah impiannya juga adalah untuk menjadi seorang guru. Walau bagaimanapun, mengajar sebagai guru kontrak di kelas lit-2, Seungri High School bukanlah mudah yang disangka. Disamping berdepan dengan pihak atasan yang mementingkan gred, guru kelas kelas lit-2 ni terpaksa bertemu anak didiknya yang mempunyai kategori penguasaan pelbagai sudah tentunya dengan masalah pelbagai. Mr Kang Se Chan juga tidak membantu kerana menganggap tindakan terlalu dekat dengan murid-murid adalah berisiko. Watak utama, Ko Namsun juga dipaparkan sebagai remaja bermasalah dan dihurung rasa bersalah akibat tindakan lampau. Park Heungsu, transfer student yang masih tidak dapat melupakan masa lampau. Oh Jeong Ho, juga pelajar bermasalah, dikurung masalah yang bermula dari ayahnya yg suka memukul dan mabuk. Song Hagyeong pula merupakan seorang yang 'perfectionist' dan hanya mengambil berat pasal pelajaran. Turut diselitkan Kim Mingi pelajar pintar dikurung sangkar yang dicetuskan ibunya sendiri. Bagaimana akhirnya Tcr Jung In Jae & Kang Se Chan menguruskan para pelajar Kelas lit-2 yang tidak sama tahap kepintaran ini? Kita tunggu dan lihat.

Memang susah benar jadi cikgu ni -.-
Tapi berbaloi !
![]() |
| When Uhm Force saying that she can't even reach them.. |
![]() |
| She's really doing it. |
Aku rasa berbaloi tengok cerita ni. Serius. Korang akan belajar banyak perkara. Korang akan belajar bahawa belajar bukanlah hanya untuk gred semata-mata. Korang akan belajar untuk tidak judge orang tanpa secara melulu. Korang juga belajar hakikatnya semua hati itu cenderung kepada kebaikan. Korang turut akan kenal persahabatan yang lebih dalam dari percintaan di sini. Setiakawan. Bromance pun ade ! Park Heungsu & Ko Namsun endless friendship ! Hehehehe. Memang susah diorang nak 'reconcile' balik. Tapi bila dah berbaik-baik, korang akan lihat persahabatan yang tiada belah bahagi.

Park Heungsu : You should've been like this before.Park Heungsu : You should at least been there, you bastard !
Park Heungsu & Ko Namsun cute moments



Diorg ni nampak je dingin depan orang lain tapi bila sama sendiri, alahai >,<
#School2013
notes: Semua gambar ini adalah bukan milik aku. Thanks a lot to tumblr user ! They're so damn creative. Jinja. Credits to own owner ^^





No comments:
Post a Comment