Feb 8, 2013

Baru, baru, baru

New post. New template ! Aku dah tukar template blog ni, sekali lagi. Apa yang aku nak tekankan di sini ialah aku akan terus mencari, dan mencari, sampailah aku jumpa template yg sesuai untuk blog aku.

Bercakap pasal baru ni, di hari yang baru, di jumaat yang mulia ini, apakah perancangan aku ya ?
Em, mungkin just kemas rumah, sidai kain, cam biasalah, sejak jadi penganggur terhormat selepas tamat sekolah ni, aku dah termaktub buat semua-semua keje rumah ni.  Aku teringin nak belajar menjahit tau, klau tak pun, hadiri kursus menulis. Aku jealous jugak dengan kawan aku yang ambil kursus adobe photoshop hari itu. Best kot ! Aku meneroka adobe photoshop pun main random je , itupun berbekalkan sisa-sisa pengajaran cikgu Ramly yang ajar kitaorg time aku baru tingkatan 1. Nasib baiklah ada lagi baki-baki pengajaran yang masih lagi berlegar di kepala otak aku. Dgn baki-baki yang adalah aku dpt main idea and aku bolehlah jugak pakai sikit2 adobe photoshop ini.

Yang paling okayla aku try adobe photoshop ni pun masa bulan lepas. Aku trylah nak buat poster aku sendiri berbekalkan gambar Myungsoo INFINITE yang gantang-gantang gituh. Hasilnya adalah seperti berikut;



adik aku cakap poster ini boleh tahanla. Still, tetap tak boleh lawan yang dah terer. Contohnya macam kat bawah ni.


Siap bergerak-gerak lagi. Ini semua asian fanfics punya artist. Diorang akan volunteer untuk buat poster berdasarkan cerita yang kita tulis. Mengembangkan bakat yang sedia ada. In Sha Allah, aku pun nak buat cenggini. 

Selepas itu, sepanjang cuti ini jugak aku sibuk memanjang tengok drama, movie dan yang seangkatan daripadanya. Banyak jugak wishlist aku yg dah aku tengok. Alhamdulillah. Movie atau drama ini semuanya memberi keseronokan dan kesan yang mendalam kepada aku. Ada yang buat aku menangis teresak-esak macam budak kechik, ada jugak yang buat aku gembira tak terkata macam kanak-kanak ribena.

Perahu kertas
My Way
Ngorat
The Crucible
Life of Pi
School2013
Kim TakGu, King of Baker
3 Idiots
Love Rain
Architecture 101
Nice Guy
Running Man
Setia Hujung Nyawa
A Werewolf Boy
Dancing Cat
A Gentleman's Dignity
Heartstrings


Aku juga suka menulis. Tiap-tiap hari aku menulis. Aku sediakan satu jurnal untuk menulis semula perasaan aku, pemikiran aku dan perkara yang aku lakukan. Aku sedar mungkin jurnal ini akan jadi suatu yang berguna. Lagipun aku jenis yang tak ingat sangat masa lepas aku. So aku senang lupakan memori lepas. Kalau kau tanya aku apa yang aku buat masa form 1 pun aku langsung tak ingat. Aku cuma ingat sikit-sikit..and aku takut lama-kelamaan semua memori aku akan hilang. Bad me -.- I need to recall more. Oleh sebab itu ini adalah satu keMestian !

Tak lama nanti dah cuti raya cina. Cepat je masa berlalu. Pejam celik pejam celik aku dah habis SPM. Pejam celik pejam celik aku nak dapat result dah ! tidak !!!!! askdskcmmiovjorv;

k, aku dah tak betul.

Tak kisahlah. Aku harap waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan sebenar-benarnya.Setakat ini, aku ada masuk kursus bahasa Inggeris, tu jelah kot.  Aku tak tahu masa depan aku camna. Aku harap aku bersedia. Apapun, aku tak sabar nak tunggu adik aku balik cuti ini. Tak sabar nak share share story ! 

Hajar, jgn lupa jugak siapkan homework yg tergendala tu.(I have humwork ??!!) Jgn mengada-ngada buat lupa. Siapkan dan be well prepared. Ini untuk masa depan kau jugak.

Yelah.

Oklah, salam. Hope u have a good day ! In Sha Allah ♥



No comments:

Post a Comment