Jan 14, 2013

Tawaran bekerja !

Sejak aku jadi lepasan SPM, aku selalu sahaja merungut pasal nak cari kerja. Nak cari pengalaman. Aku jealous tengok kawan aku dapat kerja kat Kuantan Parade, jiran aku kerja kat gerai burger (balik tengah malam woo! petang sampai 1.00pagi. Unbelievable! Maklumlah lelaki, nak yang mencabar sikit.Haha.) Ada juga kawan aku yang tolong sedara dia kat cafe. Oh, ada sorang lagi yang kerja kat Tunas Manja. 


Budak sekolah aku lebih gemarkan ECM.So mereka pun ramai-ramailah apply job kat sana. Haha. Memeriahkan ECM. 



Dalam aku angan-angan mat jenin tak usaha nak mencari kerja, aku mendapat offer dari kawan aku. Katanya offer kerja dari Jab Masjid UIA. (UIA dekat dengan rumah aku). Aku nak ke? Of courselah aku nak. Tapi bila fikir balik, transport pulak takdek. Heh. Macam-macam halangan. So aku pun cakaplah macam ni kat dia;



Awak, saya bukan tak nak terima offer ni, tapi sy tidak ada transport pula. Mianhae :(

Ceh, gitu sekali ayat. Haha. Tapi betullah apa yang aku cakap tu. Kawan aku pun tak expect apa-apa pun masa dia offer aku itu. Muka dia pun macam indifferent and fearless semacam je. Dia cakap, okay. And kami terus tukar topik perbualan. Kalau tak silap aku masa kitaorg tengah menunggu untuk ujian statik. Memang lama gilalah aku tunggu. Dalam 1 jam 45 minit sebelum akhirnya aku dapat menjawab ujian berkomputer tu. Nasib baik lulus. Alhamdulillah.


-

Hari ini pulak, masa aku dan family aku makan keropok lekor cicah sos pencicah, mak aku tetiba menawarkan aku satu offer yang buat aku bingung.

sedap pulak keropok lekor ni -.- haha.


Umi: Kak ja, pak cik belakang ade tanya.
Aku: Hah,  Pak cik A tanya pe?
Abah: Ingat tak mak cik Ain yang ade 7eleven kat *tut* *tut* tu ? (mak cik Ain tu kakak or adik pak cik A aku pun tak pasti. Tapi kiranya adik beradik Pak Cik A)
Umi: Dia offer kak ja kerja kat COSWAY.
Aku: COSWAY?
Abah:Mak cik Ain dah beli COSWAY. Dia tengah cari pekerja sekarang.
Aku: *terfikir-fikir* erm..hmm..okay jugak.
Umi: Tapi kalau kerja macam ni kakja kena komitedla.
Aku: Aja bila bab komited ni..hehe. lagipun kan aja baru teringat. Aja dah start kursus tu 21hb ni! So, tak bolehlah kot.
*keadaan hening seketika*

Kipas berpusing. Celoteh AC Mizal memecah suasana. Dup! RM40,000 duit jatuh begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment