Sehinggalah sabtu yang lepas;
3 Idiots ade ditayangkan di Panggung Sabtu TV3.
Serius, cerita ni sangat sangat best! Klakar. Aku suka mesej yang hendak disampaikan. Dalam menjalani hidup ini, buatlah sesuatu yang kita suka dan kejarlah impian kita. Orang tak boleh paksa kita suka kepada sesuatu benda, kita sendiri yang memilih apa yang kita suka. So why not, kita menyumbang kepada masyarakat dengan kesukaan dan bakat yang kita ada ? Ianya macam dapat dua kebaikan berganda. Bukan sahaja kita senang melakukan ini, tapi kita juga dapat membantu org lain.
Ranchos(Amir Khan) percaya dalam dunia ini untuk berjaya kita perlukan minat dan kecemerlangan, bukan hanya mengejar kejayaan semata-mata. Gred tak penting, apa yg penting sejauh manakah kita mendalami ilmu pengetahuan tersebut.Bila kita capai kecemerlangan dengan minat, jangan risau kejayaan pasti menjelma. Oleh sebab itu, dia ingin mengubah persepsi 2 kawan baiknya Farhan, Raju serta membetulkan stigma Professornya, Professor Viru (Read:Virus haha) yang mengatakan Markah adalah segala-galanya. Pelbagai kejadian kelakar berlaku. Yang tak masuk dek akal pun ada. Haha.

Nak dijadikan ceritanya, Ranchos ni pulak sukakan anak Professor Viru. Professor Viru ni memang anti-gila lah dengan budak 3 ekor ni. Pelbagai cara digunakan untuk pisahkan Ranchos dari Farhan dan Raju, dengan alasan tak nak Ranchos bawa pengaruh buruk kat diorang. Ranchos anak Perdana menteri. Farhan berasal dari keluarga berpendidikan, manakala Raju pula berasal dari keluarga daif. So Professor Viru expect Ranchos ni main-main sebab dia ni anak golongan bangsawan. Raju dan Farhan cuba dipengaruhinya.
For Professor Viru's shock, Ranchos merupakan pelajar terpandai di Imperial College of Engineering (ICE). Ini juga mengejutkan Raju dan Farhan yang berda di kedudukan 2 terbawah. Ranchos bertanya Professor Viru samada perlu ke pelajar dibahagikan mengikut gred. Semua ini hanya melemahkan self-esteem mereka.
Ranchos menasihati rakannya untuk kejar impian masing-masing. Farhan sebenarnya ingin menjadi Wildlife photographer. Dia juga menasihati Raju untuk tidak terlalu paranoid atau tertekan dengan hidup yang menyebabkan dia menjadi takut.Satu pertaruhan telah dilakukan. Farhan akan mengejar impiannya dan Raju berjanji untuk tidak takut dgn hidup, asalkan Ranchos berani meluahkan perasaan cintanya pada Priya, anak si Virus tu.
Banyak kejadian berlaku selepas tu. Telah berlaku sesuatu kejadian yang telah menyebabkan Raju bertindak terjun dari tingkat bilik Professornya. Semuanya angkara Virus yang memberikan tekanan samada untuk memberhentikan dirinya atau terpaksa membuang Ranchos dari kolej.
Ranchos melakukan apa yang sepatutnya untuk membantu Raju untuk pulih. Pelbagai tipu helah dan kata-kata manis ditaburkan. Ranchos juga memberitahu Farhan akan berkahwin dengan adik Raju. (Haha tak leh bla yang ni.) Raju kelihatan sudah boleh bergerak semula. Perkataan pertama yang keluar dari mulut Raju,
Berapa banyak lagi tipu helah yang awak hendak lakukan huh ?!
Ranchos tersenyum kegembiraan. Farhan selamat. Haha.
Selepas kejadian itu, sudah tiba masa Farhan dan Raju menunaikan janji mereka. Farhan berjaya memujuk ayahnya yang mahunya menjadi engineer untuk setuju dengan impiannya. Raju berjaya menghadiri temuduga.
10 tahun berlalu. Raju, Farhan dan Chatur ingin melawat kembali Ranchos.
Mereka sampai di rumah yang tersergam indah. Ya, rumah Ranchos.
Tapi malangnya ini bukan Ranchos yang mereka kenali. Nama dan rumahnya sudah betul. Kenapa? Macam mana?
Kenalah tengok ending dia.
Korang pasti tak sangka ending dia macam tu.
Haha.
No comments:
Post a Comment