So I'm thinking this may be is a good idea disebabkan khabar angin yg mengatakan kat BSN memang berpusu org datang. Maybe I will not waiting too much, perhaps. Menunggu giliran itu adalah sama sekali berbeza dari menunggu lifelessly selepas tamat giliran. Malangnya itulah yang berlaku pada aku.
1159, sila ke kaunter 1.
Pembelian borang UPU berlangsung selama 5 minit. Memandangkan aku sampai dalam pukul 2.10pm gitu, dengan tamat giliran pukul 2.40pm, aku sebenarnya hanya menunggu 30 minit untuk borang UPU ni.
![]() |
| Kekejangan otot menyebabkan aku menggerakkan otot untuk mengambil gambar. |
Sehabisnya? Aku menunggu patiently dari pukul 2.40pm-5.00pm. Bayangkan betapa lama aku duduk kat tempat yang sama. Buntot aku kejang! Nasib baik aku mercilessly mesej semua kawan aku, kacau ketenangan diorang kat rumah. Kredit aku dari RM5.56 dah jadi RM0.18. Aku tak tahu pulak nilai keseronokan tu berharga RM5.38. Kalau aku tahu, dah lama aku langgan setiap bulan. Haha.
Okay, pukul 5.05pm dah. Yay! Home sweet home!
Aku mesej mak aku.
Umi ade meeting lagi. Apa kata kak ja pergi pejabat umi. Lalu kat ...bla...bla..Aku macam..uhm, okay.
So bermulalah episod mendebarkan. Aku kena lalu kawasan perumahan sebelum aku sampai ke pejabat mak aku. Nak dijadikan cerita, sebelum sampai perumahan aku kena lalu bengkel, bangunan perniagaan terbiar dan gerai kecil yang banyak pak cik bomba.
Kereta yang lalu lalang pun akan tengok aku macam aku ni alien warna hijau kaki lapan je. Mungkin pelik kot tgk budak perempuan jalan sorang-sorang agaknya. Agaknyalah.
Dah lepas satu episod mendebarkan. Datang lagi satu episod mendebarkan. haish, pantang tengok aku tenang sikit. Aku terpaksa pulak lalu construction site. Bukan nak bersangka buruk, tapi manalah tau apa-apa terjadi kan. Dalam hati aku cuma berkata, Ya Allah..Ya Allah..
Nasib baik. Pekerja kat situ baik-baik. Aku macam invisible je lalu kat situ. Pertolongan Allah kot. Alhamdulillah.
Then, aku kena lintas jalan besar. Nampaklah sebuah bangunan gah berwarna hijau dan putih campur coklat sikit. Sampai jugak aku ye. Ingat ke dah tamat riwayat aku tadi. Tetiba aku rasa macam pelarian baru balik ke negara asal. Terharu tak terkata.
5.21pm. Mak aku still dgn meeeting dia tu. Aku duk tercongok kat tempat parking macam peminta sedekah pulak lagaknya. Pemintak sedekah amatur. Patutlah baju masih baru lagikan, hahah.
Kucing mula ganggu aku mintak makanan. Comel, tapi aku tak de makananlah kucing. Aku bagilah dia air laici aku. Kucing tu hirup jap pastu dia pun pegi. Nampak sangat bukan taste kau kan. Zaman sekarang kucing pun pandai memilih. Aish.
5.45pm. Mak aku tak habis lagi meeting. Aku macam, U say What????!! tapi takdelah aku cakap depan-depan. Aku dah bosan. Aku dah penat. Lalu aku membawa hatiku yang lara ini ke pejabat mak aku yang ibarat mendaki gunung.
5.50pm. Aku gagahkan diriku masuk department tempat kerja mak aku. Bersalam jap dgn kawan mak aku. Aku duduk sambil ambik sticky pad, conteng semua benda berlaku hari ni. Reflect konon. Aku lapar.
![]() |
| Pejabat mak aku. |
6.00pm, mak aku masuk bilik dia. Tau-tau pulak mak aku yang aku lapar. Kesedihan aku terubat. Cewah. Asal aku boleh balik sudahlah.
Penantian demi penantian, tapi aku tak cakap aku bosan. Aku ada cakap ke? Korang salah bace kot. Haha.
15/01/13 - sepanjang petang.


No comments:
Post a Comment