Bintang Hati Saya by Riley FizanMy rating: 5 of 5 stars
Aku rasa nk menjerit je sekarang.
nak menjerit.
nak menjerit.
why laaaaaaaaaaaa
Aku serius tak suka pengakhiran dia. why it has to be like this? sedihnyaaaa
tenang hajar tenang. review ni.
Buku ini aku baru beli sabtu lepas,dekat kedai buku 1malaysia. cadangnya nk telek-telek buku je, tiba-tiba balik dari kedai buku aku bawak kisah libyaman dan bintang hati saya dalam plastik balik rumah. guane nih?
so aku start baca buku ni pagi tadi, lepas habis baca 'blues orang jelebu' karya libyaman. aku mengaku, aku tertarik tengok cover buku ini, terutama bila baca kata-kata di hadapan buku.
"Kalau tak dapat menjadi Sirius, kau perlu mampu menjadi Polaris."
kau tak terasa kau tertarik?
bagi aku, aku tertarik. hakimi adam song (tak sure kenapa ada 'song', dia ni mix korean ke eh? lol) dengan hobi mencerap langit, tenang, suka tersenyum, bijak, sapa sahaja yang tak suka dengan karakter ni? Bagi aku, dia bukanlah sembarangan prince charming yang kau boleh lihat di kaca tv /novel- novel melayu yang lain, dia hero yang ada charm dan keunikan tersendiri. Suka mencerap langit, unik. aku punya bayangan imaginasi untuk Hakimi Adam ni, aku sendiri boleh terpikat haha. Suka hati akulah kan nak bayang Hakimi Adam camna lol. Polaris, sirius, alnilam, capella, serius benda ini sesuatu yang lain dari novel yang aku dah baca.
Jalan cerita dia pun not bad. Boleh dihadam dan tak terjangka. Adriyana pun ada character development yang baik, watak yang tak terlalu naif, tidak juga terlalu mengikut perasaan. Zarif, Kamal Adil pun tak sngka ada sangkut pautnya dengan Kelab Pemerhati Bintang. Kehadiran Raqif dan Teelofa juga menambah perisa dalam kisah yang dah sedia umph ni.
Yang paling sedih, dalam cerita ini, Hakimi ialah hanyalah imbasan memori. Kenangan-kenangan silam dalam usaha menjejaki Hakimi yang hilang. kenapalah.......
*letak emoticon sedih*
Aku suka buku ini sebab dah aktifkan balik sifat emosional aku. Selama ni pun, aku dah lama tak baca genre romance ni. Rasa macam fully fulfilled pun ada. Romance yang takdelah berlebihan bagi aku, bitter sweet. Aku rasa dalam kes ni, bukan gaya bahasa atau pemilihan kata yang buat aku tertarik. Aku tertarik kepada jalan cerita dan watak yang menarik daya imaginasi dan menyentuh emosi aku.
Kalau tak, takkan namanya novel romance kan?
4.5 bintang untuk cerita yang segar.
View all my reviews
atas bintang 5 of 5..
ReplyDeletebaca last2 turun 4.5 pule? hehe.. nice review.. sampai rasa nak beli buku nih.. kat MPH agak2 ade tak?