ada pernah aku bgitahu tak penulis kesukaan aku siapa? Aku takde penulis Inggeris kegemaran (layan je yang mana besh hoho) tapi aku pasti aku ada penulis Bahasa Melayu yang aku betul-betul suka. Aku dalam proses nak mengumpul buku tulisan penulis feveret aku ni- Dunia ini sederhana kecil, Hidup Penuh Cinta, Kita Hanya di Seberang Jalan, Lelaki Berkasut Merah and kalau boleh aku nak baca semua haha.
Tak lain tak bukan penulis yang aku hormati ialah En.Bahruddin Bekri.
Kenapa aku suka baca penulisan beliau? Bagi aku, gaya bahasanya simple je tapi aku suka pemikiran, analogi dan moral yang hendak ditunjukkan oleh beliau. Aku suka genre sastera, kalau korang nak tahu, which is tak ramai orang minat tetapi masih lagi tidak terlalu ekstrem sampai orang yang membaca pun mual-mual nak digest apa bendala dia nak sampaikan. Itulah aku suka pasal en. bb ni. Dia lain dari yang lain :)
Antara kata-kata en. bb yang aku simpan:
"Pada ketika aku mengeluh kerana tidak ada kasut, masih ada manusia yang tersenyum walaupun tidak ada kaki." -Edisi Patah Hati
hmmm.
En. bb juga pandai mempamerkan lawak random dalam karya-karya beliau. memang tak sah kalau tak de humour tetiba dalam karya beliau.
Buat aku ketawa berdekah-dekah.
Buat aku tercekik masa makan ayam goreng.
Buat aku menghayati setiap bait dengan teliti.
Buat aku rasa nak jadi penulis.

Agak-agak, ada chance tak aku nak jadi penulis?
No comments:
Post a Comment