
Berkisar antara kisah antara dua darjat, Shin Se Kyung tidak sangka dia dapat memikat Jean Thierry Cha, pengerusi Artemis Korea, seorang yang berjaya dengan hasil titik peluh setelah berkelana di Paris. Seorang yang bersungguh-sungguh, Shin Se Kyung merupakan jurusan bidang fesyen dan 'passion' terhadap minatnya. Jean Thierry Cha aka Cha Seung Joo telah mengalami kejatuhan dengan teruk, ditinggalkan isteri namun berjaya bangkit dengan hasil jualan lukisan yang dibeli oleh seorang lelaki misteri. Sebaliknya dia ke Korea, dia telah menubuhkan Artemis dan berjaya menjadi saingan ayahnya dalam bidang perniagaannya. Akibat selalu terserempak dgn Shin Se Kyung dan disalahtafsir sebagai setiausaha Kim, telah berlaku beberapa insiden sehingga menyebabkan teman lelaki Shin Se Kyung mengambil bank akaun Shin Se Kyung untuk meloloskan dirinya dari kemiskinan. Shin Se Kyung yang mula sedar akan realiti telah berpakat dengan rakan lamanya (yang akhirnya diketahui sebagai bekas isteri Cha Seung Joo), Yoon Joo untuk mendapatkan hati Cha Seung Joo dan membolot semua kekayaan.
Rasa bersalah mula timbul saat Cha Seung Joo semakin jatuh cinta dengannya kerana Shin Se Kyung mula sedar dia juga telah jatuh cinta dengannya. Saat Shin Se Kyung cuba memberitahu perkara sebenar, semuanya telah terlambat apabila sebenarnya Cha Seung Joo sudah mengetahui terlebih dahulu dan bertindak untuk memendamnya. Perkahwinan mereka dibatalkan.
Shin Se Kyung mula sedar apa yang berlaku dan mengejar kembali cintanya. Kali ini dia berjanji untuk membuktikan cintanya pada Cha Seung Joo pula tapi akhirnya dia mengalah kerana realiti dan seindah fantasi. Ibarat cerita Alice in Wonderland, semua pengembaraan indah yang dilalui Alice akhirnya cuma sekadar mimpi. Alice terjaga dari tidur dan begitulah Shin Se Kyung. Cha Seung Joo pula mula menerima kenyataan dan sedar selama ini dia hanya hidup di alam fantasi selain mengetahui kenyataan ayahnyalah orang misteri yang membeli lukisan dia dahulu. Mereka berpisah sekali lagi dan meneruskan kehidupan masing-masing.
Tapi adakah itu penamatnya? Bukan. Penamat Alice in Wonderland bukanlah dia terjaga dari tidurnya tapi kakak Alice, telah bermimpi semua ini dengan sebelah mata tertutup kerana pengembaraan ini ialah antara realiti dan fantasi.
Lalu apakah yang terjadi pada Shin Se Kyung dan Cha Seung Joo? Aku boleh kata, 'Kalau dah jodoh, tak kemana.'

Park Si Hoo sebagai Cha Seung Joo

Moon Geun Young sebagai Shin Se Kyung

Soo Yi Hyun sebagai Yoon Jo

Park Kwang-Hyun sebagai Heo Dong-Wook

Choi Sung Joon sebagai Setiausaha Moon

p/s: gambar belas ikhsan dari google.
p/s/s: aku suka doctor tu hoho. Aku pun suka watak Cha Seung Joo yang main main tu, tak padan dengan peranannya sebagai Pengerusi Artemis haha xD
Trailer:
No comments:
Post a Comment