Aku masih teringat lagi sewaktu aku mula-mula start ada impian.

"Impian aja adalah untuk memberi inspirasi pada dunia."
Haha. Selamba je aku bermimpi untuk beri inspirasi pada dunia. Umum pulak tu. Dengan bersungguh-sungguh. Aku tertanya-tanya apa yang aku fikir waktu itu. Aku ingat aku boleh ubah dunia agaknya. Aku akan bersungguh-sungguh untuk beri impak pada dunia.
Aku sedar aku masih naif pada masa itu. Cipta dunia dengan kreativiti aku konon.
Konon.
Atas dasar apa aku berkata sedemikian? Bukankah manusia tanpa impian ialah manusia yang tiada apa-apa. Bukankah manusia yang bermimpi ialah juga manusia yang akan menjadikannya kenyataan?
Mimpi. Cita-cita. Angan angan. Khayalan. Pak pandir.
Sebabnya, aku sedar adanya realiti. Rasional akan membezakan manusia pemimpi dan manusia realiti. Manusia pemimpi hidup di khayalan yang direka untuk lari dari dunia sebenar manakala manusia realiti akan terus 'survive' untuk hidup dalam dunia ketidakadilan dan usaha. Aku sebenarnya tidak tahu aku berada di kedudukan yang mana. Manusia pemimpikah aku? Atau manusia realiti kah aku? Berada dalam khayalan sahaja tidak mampu untuk bahagiakan aku kerana lambat laun aku akan tersedar, ini bukan realitinya ibarat terjaga dari mimpi indah. Berada dalam realiti juga tidak mudah, aku terus bersaing dan apa yang aku dapat hanyalah kekosongan.
Salahkah aku? Salahkah aku kerana sentiasa melihat sesuatu dari sudut berbeza? Kenapa aku tidak tetap pendirian? Apa jati diri aku? Aku ini apa?
Ah, aku ini manusia berjaga-jaga. Selalu berada 'in control' supaya aku tidak melakukan kesilapan dan tidak ditertawakan.
Aku terus tertanya-tanya tanpa menunjukkan aku khuatir. Aku sentiasa tidak mempercayai dunia yang samar-samar. Betulkah apa yang aku lakukan selama ini?
Yang jelas, aku sentiasa berjalan dalam ketidakpastian dan terus berjalan hingga akhirnya. Aku mungkin tidak tahu tentang akhir perjalanan ini tapi aku tahu aku akan seronok sepanjang perjalanan.
Impian ialah sesuatu abstrak yang membuat aku berfikir sepanjang hari tanpa tahu apa-apa.
Haha.

No comments:
Post a Comment