May 22, 2013

Ekspressikan diri

Assalamualaikum! and good morning I guess?

Soo hari ini aku nak bercakap pasal ekspressikan diri. Cara aku ekspresskan diri. Straight to the point je kan. Yup, blog ini ialah salah satu cara aku ekspresskan diri. 


Dilahirkan dalam keadaan sederhana di Kuala Terengganu, Terengganu aku membesar sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja dengan ibu bapa terchenta. Mak aku pernah cakap, aku ni masa kecik-kecik senyap tapi tangan banyak jalan. Time mak aku tengah masak misalnya, senyap2 je tinggal aku sorang main and tup2 dengar bunyi benda pecah. "Prankkk!" (cara aku describe benda pecah) Mak aku punya terkejut bukan main ingat aku luka ke apa tengok-tengok pinggan kesayangan mak aku yang pecah. Aku elok2 aja. Sejak itu, memang hampir semua pinggan mangkuk mak aku beli plastik punya. Haha. Yang kaca semua letak kat almari bahagian atas takut aku gatal tangan buat pecah.

Lepas itu, kalau tv rosak ke apa, time pakcik tukang baiki datang mesti aku akan tercongok tengok pak cik tu buat keje (mak aku yang cakap). Pak cik tu buat selamba badak jela haha mesti pikir apa kejadahnya budak ni kat sini. Yang paling ekstrem nya lagi, aku akan ikut mana pakcik tu pegi and memang tengok detail la apa yang pakcik tu buat. I bet memang pakcik tu serabut gilaa tapi nak buat camna, dah duduk baiki kat rumah orang taknakla buat havoc so tahan jelaa haha.

Haa..lagi satu, mak aku selalu kata aku ni dulu perasa makanan yang hebat. (ceh, puji diri sendiri nampak hoho) Suruhla aku rasa masakan apa-apapun, mak aku cakap aku boleh cakap samada 'terlebih masin', 'kurang gula' dalam masakan tu. and bila mak aku rasa, yup, betul apa yg aku cakap. Sebab tu aku selalu duduk tercongok kat dapur bila mak aku masak time kecik2 dulu.

So, apa yang boleh ditafsirkan melalui kenangan masa aku kecil ini? 

Ini lah cara aku ekspresskan diri//


1. aku mungkin senyap tapi banyak perkara yang bermain difikiran aku.
2. aku mungkin senyap tapi aku peduli dan observe persekitaran aku.
3. aku jujur dengan perasaan aku sendiri.

Haih, tapi ini waktu aku kecilla.

Masa itu aku masih naif dan jadi diri sendiri.
Aku dah melalui tahun-tahun senyap dan biasa selepas itu sehingga sekarang.
Dan sekarang, aku nak berubah.

Aku nak jadi lebih yakin pada diri sendiri.
Aku nak naik ke tingkat seterusnya.
Aku nak lebih jujur dengan perasaan aku.
Aku nak jadi lebih teliti dan proaktif.

Tau tak apa yang aku mahu lakukan?

Aku mahu berjalan dikhayalak ramai tanpa perlu malu dengan diri aku sendiri.
Aku mahu baring di atas rumput tanpa melihat sekeliling dan melihat awan.
Aku mahu meluaskan lagi hubungan persahabatan!
Aku mahu menulis, menulis dan terus menulis.
Aku mahu memberi keselesaan dan rasa selamat pada orang lain.
Aku mahu melakukan sesuatu di saat aku merasa lakukan sesuatu!
Aku mahu belajar melukis dan melukis diri aku sendiri.
Aku mahu melancong ke tempat cantik dan bersiar-siar disana.
Paling penting,
Aku mahu bercakap perkara yang sepatutnya aku cakap..dari dulu.


with effort and believe, I believe I can. So do you!

KEEP CALM & EXPRESS YOURSELF

No comments:

Post a Comment