
Aku, paling benci pada ketidakadilan. Asal aku tengok orang ditindas kat dalam cerita, mesti aku tak boleh bla, and paling penting, tutup televisyen. Belum lagi tengok cerita lain2 kasta atau yang terbaru, seorang hamba jatuh cinta dengan maharaja kat drama versi lama2 dulu. Rasa macam takboleh bla. Rasa macam boleh bayangkan apa yang akan berlaku, dan aku tidak suka semua ini, dan aku rasa nak memberontak. Pantang betul aku tengok cerita percintaan tak sama taraf ini. At the end, both sides will suffer. Apa yang dapat dari penolakan dan sikap prejudis ini? Habuk pun tarak.
So why did they even start? When they know at the end they will gain nothing?
Lagi satu, dari mana datangnya sikap prejudis ini? Bukanke manusia ini semua sama sahaja di sisi Allah? Adakah mereka rasa mereka sudah cukup tinggi untuk memandang rendah orang lain?
Jawapannya, ego. Kerana mereka merasakan mereka seberjaya ini dengan usaha mereka. Padahal mereka tidak tahu (lupa) Allah lah pencetus kepada semua ini.
Hmm.
Orang cakap aku boleh membebel dengan senang hanya sebab aku tidak nampak lagi bagaimana proses dunia ini. Ye, aku tidak pernah lagi nampak ketidakadilan berlaku disekitar aku tetapi bukan bermaksud perkara ini tidak ada. Ketidakadilan ini bersembunyi disebalik pemegang-pemegang kuasa yang bertopeng kemuliaan dan kesaksamaan. Dan siapalah aku untuk bercakap bukan-bukan macam ini.
Persoalannya sekarang, sampai bila ketidakadilan ini akan wujud? Biarpun kita diganti dengan pemimpin, penguasa atau orang yang baru, benarkah mereka cukup hebat, berkuasa untuk menepis dugaan pemegang amanah mahupun harapan orang bawahannya? Siapa yang patut kita percayai? Mahukah kita orang kaya terus kaya, orang miskin terus miskin?
Belum lagi berbicara soal politik. Aku ingat ke parti politik ini orang yang betul2 berdiri untuk rakyat dan menjadi harapan rakyat. Rupa-rupanya parti politik ini ialah hanya parti yang menabur janji manis semata-mata untuk mendapatkan undi rakyat. Bolehkah kita percaya salah satu pilihan yang ada di hadapan mata kita ini? Pembangkang kata ini, kerajaan kata ini. Walhal dua-dua nya pun tidak sempurna. Jadi siapakah yang kita patut pilih? Perlu ada seorang yang adil untuk menjadi pemimpin. Keadilan yang bukan menyamaratakan tetapi meletakkan sesuatu di tempatnya.
Nak kata orang aku tidak layak.
Cuma persoalan paling penting, apa yang aku buat bila aku nampak ketidakadilan? Adakah aku akan berdiam diri?

p/s: Pray for Gaza! Merekalah yang betul2 memerlukan doa kita sekarang. :(
No comments:
Post a Comment