Apr 18, 2013

UPDATE UPDATE UP-TO-DATE

So sebenarnya aku dah lama tak menulis apa yang aku buat hari-hari kat blog ni. Banyak jugaklah perkembangan yang aku tak tulis lagi. Al-maklumlah, blog utk anak cucu cicit aku, kenalah up-to-date! mana la tau aku berjaya ke nanti diaorg nak baca buat teladan sepanjang zaman ke? (hiperbola melebih dan patut diberi penampar kesabaran -.-) Yup, penulisan ini harus. Selepas aku dapat penampar sebijikla.

Aduh.


So hari tu kan aku pergilah Kedai Buku 1 Malaysia. Hari Ahad lepas. Harga2 buku kat situ, (serius tak tipu and tak promote benda2 politik segala), murah and bahasa sedapnya, berbaloi amat. Semenjak aku jadi ahli tegar Goodreads ni, aku tryla search buku-buku yang jadi bualan ramai dan mendapat rating tertinggi di lawan web tu. Dan pencarian aku..tak menghampakan. Buku fixi pun ade.

"Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani" check!

"Dunia ini Sederhana Kecil oleh Bahruddin Bekri" check!

"Soya Ais Peneram Madu oleh Shahkang" check!

(cumanya buku 'KELABU' takde :'( )

Tulah buku kelabu tu. Tulah dia. Malangnya time aku pergi dah takde buku tu. Sobs sobs.

lantai KB1M ni licin je kan. Almari buku2 dia pun nampak 'sleeq' semacam je. Haa sudah, aku tak reti eja sleeq. Salahkan 2 org abang comel dri singapura tu haha. 


Dan mcm-macam lagi buku yang tidak dapat lagi aku 'check' berikutan nafsuku yang setinggi gunung ini bakal memakan belanja yang amat besar.

Huhu.


Nilah, baju aku masa temuduga tu. 

Oh ya! Panggilan temuduga untuk Interview Mara dah dibuka. Well, interviewlah sangat. Sampai-sampai je kitaorg kat situ, selepas daftar, rupa-rupanya hanya 1Q test dan esei tentang apa yang aku bayangkan tentang diriku 5 tahun akan datang. Maybe MARA nak buat screening test dulu kot, sebelum pilih calon untuk interview. Dan tak semena-mena, aku pulak yang dihurung rasa gelisah. Alahai hajar.

malulah nak dedahkan nama penuh I siapa :3 *kena penumbuk sebijik*

Mohon-mohon aku dipilih. Amin. Minggu depan keputusan UPU dan matrik pulak keluar. Hmm.

Okay sekarang, aku sedang membuang masa menulis blog padahal aku kena mengajar petang ni. Berundur dulu kawan! Aku ada latihan dan nota perlu dibaca -.-

Salam dan selamat sejahtera >,<

No comments:

Post a Comment