Apr 27, 2013

[Review] : Manikam Kalbu Oleh Faisal Tehrani

Manikam KalbuManikam Kalbu by Faisal Tehrani
My rating: 4 of 5 stars

Pembacaan aku ketika membaca Manikam Kalbu tergendala sebentar berikutan kelas memandu yang tidak sudah-sudah dan berakhir dengan test JPJ semalam. Hasilnya bukan sesuatu yang menggembirakan malah aku gagal dalam ujian ini, atau dalam bahasa memandunya, "kandas'.

Mungkin sahaja aku patut habiskan Manikam Kalbu sebelum aku menghadiri ujian ini. Mungkin juga aku akan lebih bersedia dan lebih terhibur, relax agaknya.

Apapun, biarlah. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Begitu juga dengan pembacaan ini.

Menyoroti kisah Ziryab, aku juga turut kagum dengan minatnya dan sikapnya yang tidak peduli dengan pandangan sinis masyarakat tentang seorang lelaki melibatkan diri dalam dunia fesyen dan busana. Biarpun diejek malah diajak bertumbuk, aku jadi suka melihat sikap Ziryab yang tidak ambil pusing tentang provokasi sekeliling. Cabaran Ziryab mungkin terletak kepada keadaan neneknya yang sudah tidak mengenali cucunya. Turut diselitkan dengan kisah purbakala dengan Manira menjadi penglipur lara. Ceritera Manikam Kalbu dikisahkan, pengembaraannya dijadikan bualan.

Menarik. Sesuatu yang baru.

Tahniah saudara Faisal Tehrani!

Cuma 4 bintang sahaja yang mampu aku berikan sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa tentang benang, mesin jahit dan busana tradisional. Baju kurung dan Baju Melayu tahulah. Sedih sekali.

View all my reviews

"Ya, agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya..bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadu keamanan sejagat!"

"Saya juga berikan kalbu saya untuk itu!"

No comments:

Post a Comment