Apr 29, 2013

Melodi, perhubungan dan drama.

Aku tersedar. Mak aku membuka pintu bilik lalu menyuruh adik aku mengejutkan aku yang tidak bangun-bangun dari tidur. Entah kenapa kepala aku terasa berat. Aku mencapai telefon bimbit di rak buku. 6:20AM. 'Awal lagilah.' Aku membebel dalam hati. Awal apa nya Hajar oi. Adik aku membuat muka supaya aku bangun.

Ahh..terasa beratnya kepala aku ni. Tiba-tiba aku teringat perbualan aku dengan sepupu semalam.

"Awak dapat matrik??''
"....."
"Dah tu, awk nak sambung mana?"
"...."
"Kahwin??"

Biar betul sepupu aku ni. Hendak kahwin? Dia ada calon takpelah. Awesome liddat. Aku? Memang tidak adalah buat waktu sekarang. Jadi suri rumah mithali pun aku tak reti-reti lagi, apatah lagi hendak menjadi isteri yang baik. Haish. Aku memandang adik aku yang sibuk mengikut jadual. 'Last minute sokmo budak ni', bisikku.

Lima minit berlalu.

Perlahan-lahan aku menggerakkan semua saraf untuk menghantar impuls ke otak supaya memberi arahan kepada effektor untuk bertindak. Kaki aku bergerak menuruni katil. Rasa mamai itu beransur hilang tapi tiba-tiba aku terasa kehilangan.


"Saya kalau boleh..zzzzzzzzzzz.."
"Sorry awak, adik saya dah bukak internet. Dah tak jelas suara awk huhu. Awak lain kali awak call handphone saya senang sikit.."
" Oh saya...zzz... nak pergi makan, ni pun..zzzz..murah..zzzzz.."
"Awak, sorry. Terima kasih tau bagi semangat..."
"Oh takpe takpe zzz..zzzz.zzz.."

tup! Telefon rumah diletakkan.

Aku kembali teringat perbualan aku dengan kawan karib aku hari itu. Terasa persahabatan kami semakin hambar. Tiada lagi gelak ketawa. Kawan aku semakin sibuk sejak akhir-akhir ini. Aku pun tidak seceria yang dahulu.

Entah kenapa. Adakah aku yang terlalu memendam rasa atau dia terlalu berprangsaka baik dan tidak berperasaan? Adakah persahabatan ini sudah sampai ke penghujungnya? Terlalu lama aku memendam rasa. Mungkin juga dia. Atau kami terlalu takut untuk menjadi jujur? Aku mengaku persahabatan ini dibina atas dasar toleransi dan rasa hormat antara satu sama lain. Adakah kami sudah penat bertolak ansur? Adakah perbezaan kami terlalu kuat? Aku kemudian jadi tertanya-tanya atas perancangan kami untuk minggu depan. Aku tidak mahu bertanya kerana ini ialah cadangan dia.

Aku tidak pandai memberi penjelasan yang jelas untuk fikiran rasionalnya.

Kepala aku pusing. Aku terus mengambil tuala dan masuk ke kamar mandi. Aku terfikir mungkin membasuh rambut boleh mengurangkan kerungsingan aku. Malangnya, shampoo pula tiada. Aku mendengus kecil. Aku merenung dinding bilik air buat seketika. Lama juga aku merenung muka aku di cermin sebelum aku mencuci muka dengan pencuci muka. Kosong lagi mengosongkan.


15 minit kemudian, aku keluar dari bilik air. Aku bersiap pakaian sebelum memakai telekung untuk solat. Aku cuba untuk fokus. Seusai solat, aku berdoa kepada Tuhan yang Maha Esa.

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan dalam menjalani hidup ini.""Berikanlah aku ketenangan dan fokus dalam menjalani ujian dariMu.""Ya Allah, ampunilah dosa aku dan kedua ibu bapa aku sebagaimana mereka mengasihani aku sejak kecil.""Ya Allah, jika dia jodohku, pertemukanlah kami suatu hari nanti pada waktu sesuai. Jika dia bukan jodohku, jauhkanlah kami."

Aku membaca Al-Quran 1 halaman hari ini. Aku teringat ada satu hadith yang aku tidak ingat dirirwayatkan oleh siapa,

"Ibadah yang paling disukai Allah ialah ibadah yang kecil tetapi berterusan."

Betulkan aku jika aku silap.

-

Rasa tenang menyeliputi aku. Aku bercadang untuk lebih berdisiplin hari ini. Aku melihat gumpulan selimut yang menyeliputi aku semalam. Sudah terbiar bersepah atas katil.

Aku senyum segaris. Senyuman kosong.

Perlahan-lahan aku mendekati katil dan melipat selimut. Nasib baik bilik aku tidak bersepah semalam. Aku mencapai headphone lalu aku cucuhkan hujungnya kepada mp3 Sony aku.
Kedengaran lagu My Love nyanyian Jonghyun CNBlue berkumandang.





Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan headphone itu hari ini. Headphone bahagian kiri rosak! Semangat yang tidak berapa apa ini semakin menurun. Aku mendengar bunyi gitar membawa melodi yang sedih hanya di telinga kanan aku sahaja. 

"My love, who I call out as loud as I can't but can't hear me..."

Tugas diteruskan. Aku mengemas bahagian-bahagian yang perlu dikemas di bilik aku. Buku-buku yang berada di lantai aku kutip dan masukkan di dalam almari. Mak cik aku memanggil dan meminta aku membuat sesuatu untuknya. Selepas aku siap, aku terukan mengemas. Aku teringat sesuatu yang boleh buat aku sedih secara tiba-tiba. Kesilapan aku masa dahulu. Betapa bodohnya aku masa dulu. Kesilapan yang diremehkan.      

Hurted. Alone. Abandoned.
Apeuda. Nae Gaseumi. Nan ottoke?

Reminiscence of memories that only deepens the pain,
The reasons that only me know.
Will you seem to care,
If I told you that?

"Get out of my head and falling to my arms instead."
Liar.
"You've got that one thing."
Penipu besar.

You'll be okay if you abandon me,
It doesn't seem you'll lose anyway.
You are being cherished with everything you've
ever wanted,
Good for you then.

Maybe this is the end for us,
I won't mind this 'ship' anymore,
What choice do I have?
Maybe I am the drama queen, after all.



Apa kena dengan aku hari ini? Perasaan aku bercampur baur. Semuanya habis bertaburan begitu sahaja. Seolah-olah ada seseorang sahaja menghempaskan bingkisan kaca hati aku ke lantai. 

Aku tidak mahu menangis lagi. Sekurang-kurangnya bukan kali ini.

 Lagu Rebirth memberikan aku semangat untuk bangkit. Aku tidak boleh terus bergelut dengan perasaan negatif yang bakal mencengkam. Aku tak boleh berterusan diubah dunia. Aku mesti mengubah dunia.




"Anyone who feel this reviving feeling, will be happy."

-

8:30AM.

Aku lapar. Aku bercadang untuk memasak roti pita dan telur hari ini. Perut aku membuak-buak kelaparan. Seakan mengaum. Hydrochloric Acid dalam perut aku sudah menjalankan tugasnya agaknya. Aku menuruni tangga dengan hati yang kosong.

Aku mengambil telur di atas peti. Kuambil sudu dan pecahkan kedua-dua telur tersebut ke dalam mangkuk. Aku kacau isi kulit telur yang telah remuk pecah. Sementara itu, aku hidupkan api dan mengambil marjerin di dalam almari.


Lagu Falling oleh John Park menghidupkan suasana. Entah kenapa aku sebak.

"Aucchhh!"

Marjerin panas  terpercik ke tanganku mengejutkan aku. Mengingatkan aku untuk kembali ke realiti agaknya. Mungkin juga Tuhan mahu aku lebih sedar apa yang patut aku lakukan. Mungkin.

Aku terbalikkan roti. Apabila sudah timbul warna keperang-perangan diatas roti, itu maksudnya roti itu sudah garing atau masak. Aku mengangkat roti dan masukkan roti kedua.  Sebelum itu aku sudah menggunting roti itu kepada dua pecahan supaya aku dapat masukkan 'inti' ditengah-tengahnya.

Thanks goodness, B.A.P'S No Mercy is here to entertain me.


No Mercy to all my problems! Aku akan hadapinya dengan lebih matang dan bersemangat hari ni.

-

Aku mengemaskan pinggan dan mangkuk yang telah aku gunakan sepanjang aku masak sebelum aku hidangkan dan makan sendirian di dapur.

"On your mark, get set and go..."



Melarikan diri dari situasi yang merungsingkan bukanlah sesuatu yang betul, aku tahu. Aku perlukan ruang. Semua yang menimpa aku ini, sesuatu yang kosong dan perlu aku isikan. Aku cuma buntu, apa pengisian yang perlu aku lakukan??

Aku makan roti pita berintikan telur bersalut mayonis dengan perlahan. Entah kenapa perut aku yang tadinya lapar berubah menjadi pemulas, memulas-mulas. Tak cukup lagi dengan segala kekosongan berlaku pagi ini? Aku gagahkan juga memakan roti ini cebisan demi cebisan sambil termenung. Selalunya itu cara yang berkesan.

Aku pernah terbaca yang orang pendiam bukannya disebabkan dia tiada apa-apa untuk diperkatakan. Dia berfikir. Dengan banyak diam, dia sebenarnya banyak berfikir.

Mungkin hal ini juga sebabnya aku agak diam hari ini.

" Cause you're my special special special special special girl. "



Tiba-tiba sahaja rangkap lagu ini kedengaran. Lamunan aku terhenti sebentar. Rupa-rupanya terselit lagu gembira disebalik lagu-lagu sedih ini. Barulah kegembiraan itu bertambah. Tanpa sedih, aku takkan menghargai makna kegembiraan itu sendiri kan? Aku tersenyum segaris. Aku sedar aku tidak sepatutnya murung sebegini sahaja memanjang. Pasti akan ada penghujung yang gembira disebalik kedukaan berpanjangan ini. Bukankah Tuhan telah menjanjikan syurga dan neraka?

Kali ini bukanlah senyuman kosong yang aku tonjolkan. Aku kena bangkit. Hajar, jangan  putus asa. Walau apapun berlaku, awak tetap perlu bertahan. Keep calm and praying okay. Why? sebab aku, in fact semua orang special dalam bidang maasing-masing. Akan sentiasa ada orang yang menjadikan kita yang istimewa, terutamanya ibu bapa kita yang susah payah membesarkan kita. Takde orang sayang kita? Itu tidak menjadi masalah. Yang penting kita sayang diri kita sendiri dan ketahuilah, Allah sentiasa menyayangi dan mengasihani hambaNya.

Kosong? Ya, aku mungkin rasa kosong sekarang justeru aku harus tetap mencari. Mencari kebenarannya.




Berharap pada manusia kita akan kecewa, berharap pada Tuhan kita tidak akan pernah kecewa.
Perhubungan itu mungkin indah, mungkin juga sukar, mungkin juga menyakitkan, mungkin juga menggembirakan, mungkin juga mengecewakan tapi aku..aku tidak mahu mengalah.

No comments:

Post a Comment