Assalamualaikum people!
Hehe. sihat?
Aku di sini sihat-sihat sahaja.
So, apa cerita aku hari ni? Aku sebenarnya nak cerita pasal semalam. Semalam, aku, Aisyah, Arina, Azwa, Shakirah keluar jalan-jalan! Haha. Mungkin outing terakhir sebelum result keluar. Mungkin ini juga kali terakhir untuk kitaorang dapat berkumpul seperti ini. Oh ya, semalam Athirah tak dapat datang sebab tidak ada transport :'(
Mula-mula sekali, kitaorang (Aku & Aisyah) berkumpul di Popular Books Store. Ingatnya nak cari novel Bahasa Inggeris yang best dan on trend sekarang ni. Aku baru teringat aku tak habis bace lagi novel The Book of Tomorrow oleh Cecelia Ahern. So aku tak beli pun, belek-belek je yang mana cam best. Aisyah ada beli satu buku ni, cam best jugak. Kitaorang then jumpa Azwa. Amboi, Azwa dah lain sekarang. Nampak lebih matang :') Dia pakai baju purplum berwarna merah semalam. Aku pun baru tau semalam baju peplum tengah on demands sekarang ni. Hehe.

(Kredit: Google Images)
Disebabkan tetiba kitaorang rasa lapar, Azwa setuju nak belanja kitaorang g makan kat PizzaHut. Awesome sungguh! By the time, kitaorang dah order, Arina pun sampai. Shakirah sampai beberapa minit kemudian.
Selepas habis makan, kitaorang ke Watson, Guardian, parkson jap. Semua dengan list barang yang hendak dibeli masing-masing. Arina nak beli dye color untuk fabric painting dia.
Selepas itu, Azwa tak dpt nak join kitaorg sebab dia ada hal. Shakirah risau bila tinggalkan azwa seorang diri. Tulah..takut jugak. Alhamdulillah, azwa sempat mesej ayah dia dah ambil. Selepas tu,bermulalah perjalanan berjalan kaki dari Berjaya MegaMall ke East Coast Mall. Penat..berpeluh jugak kitaorg jalan ke sana.
*lap peluh*
Sampai je di ECM tu..Solat jap. Terkejut besar bila tengok org lelaki keluar dari surau perempuan. Hoho. Rupa-rupanya surau tu gabung buat sementara. Ok, patutlah =.=
Then, kitaorang meluru ke MPH bookstore! Arina nak cari fabric dye kat sini pulak. Nasib baik jumpa :3 Shakirah nak pergi Watson jap untuk beli barangan yg tak cukup.
Masa untuk berangkat dari ECM tiba. Masa ni, Shakirah kena balik dah :'( So, kitaorg terpaksalah meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya tanpa dia.
Berjalan kaki. Berjalan kaki.
Final destination, kedai hari hari! hahaha. Arina nak beli baju untuk tempahan dia. Mula-mula, tak nampak baju yg sesuai. Nasib baiklah akhirnya ada. Warna hitam, biru gelap sikit.
Perjalanan diteruskan. Kitaorang kemudiannya menuju ke rumah Arina. Again, berjalan kaki =o= nak fit punya pasal, takpelah. Tengah-tengah jalan tu, tangkap gambar kejap di samping angin sepoi-sepoi bahasa di tepi taman permainan yg cantik~
![]() |
| abaikan rupa aku -.- |
![]() |
| comel je diorang ni >,< |
Penat gilaa perjalanan ni. Aku macam zombiee bergerak je jalannya. Langkah tu memang langkah. Cuma aku tak tau aku langkah angin ke langkah kosong. Haha. Penat weih. Nampak sangat tak suka bersenam hewhew. Dalam letih2, boleh pulak ayam keluar dari mana tah, buat terkejut kitaorang. Nasib baik tak melatah.
'Opocot!'
susah nak jumpa ayam sekarang ni. Ayam yg hari-hari makan adelah.
Sampai je di depan pagar, aku menarik nafas lega. Aku dan aisyah berbual-bual kosong dulu dgn mak ayah arina sementara arina buat air. Minum air ribena beberapa teguk. Kemudian, kitaorg minta diri pergi buat projek kat atas. Hehe.
![]() |
| beginilah rupa baju sebelum di hias dgn design yg sesuai :) |
Kitaorang berbual rancak tentang perkara yang menarik perhatian kami. Riuh rendah je suara kami hehehe. Sementara itu, aku membantu arina memotong design supaya boleh dwarnakan tanpa lari dari corak asal.
Arina hanya baru menyiapkan separuh dari corak apabila ayah aku sampai. Arina cakap dia hbiskan selebihnya dalam masa terdekat. Dia menghantar kami ke luar rumah.
'Bye, Arina!'
'Seronok betul hari ni'
Masuk je dalam kereta aku, aku bersandar di kerusi sambil tersenyum. What a wonderful day.



No comments:
Post a Comment