Mar 18, 2013

medic oh medic.


"Boleh tak kalau seseorang tu dari tak minat medic tetiba minat medic?"

"Boleh! Kawan abang banyak yang macam tu. Medic ni sebenarnya seronok. Kita akan belajar tentang badan kita dari akar umbi. Contohnya why do this patient has excessive sweating? kitaorang akan discuss ni bersama-sama. Why? sebab *sumthing aku tak faham* blablabla. Em, korang dah belajar pe ye? Digestive system! Klau kita belajar digestive system pun, kita akan tahu macam mana flow makanan bergerak and mcm mana akhirnya faeces dihasilkan. What is the enzyme in stomach? small intestine? " 

Aku nampak sinar dari matanya. Keyakinan.

" Pepsin? Rennin? HCI?" semuanya cuba meluahkan fakta dari otak.

"haah, HCI!"


" Dah tu, klau kita lupa apa yg kita belajar masa bio ada chance ke sy nak ambil medic?" 
Boleh pulak aku tanya soalan bodoh. 

" Eh, boleh! In fact kita akan belajar balik, and kali ini cover almost everything pasal badan kita. Sebenarnya apa yg kita belajar kat sekolah 1% je, 99% lagi melalui medic. Sekecil kuman je jika nak dibandingkan dengan apa yang kita belajar dlm medic. Lgipun, bio bukan belajar pasal human je kan?  Tengok betapa banyaknya yang kita boleh explore dalam medic ni. Memang best."

Aku menunjukkan muka ragu-ragu. Abang tu masih lagi memandang aku dengan keyakinan. Aku tidak berniat untuk melihat matanya tapi bila tengok matanya yang mempunyai satu eyelid dan bulat tu, aku dapat rasakan dia suka medic. Pembetulan; sangat.

" Macam mana pulak dengan jadual pelajar medic ? Diorang ada fix timetable tak?"

" Oh, medic tak delah sibuk sangat. Kitaorang adala timing dia, dlm area 8am-5pm gitu. Abang siap boleh main je kat padang. Klau abang comparelah kan dengan budak pharmacy ke dentistry ke, diorang lagi sibuk. Diorg belajar lagi berterusan. "

Aku mengangguk-angguk kecil. 

Another conversation occur. Kawan aku, Arina, Aisyah bertanya dia. Dia menjawab tanpa pilih kasih. 

At the end, dia senyum dan ucap good luck utk SPM result kitaorg. Kitaorang mengucapkan terima kasih. Aku mengangguk sahaja kerana masih terkesan dengan penerangannya.

"Medic memang best." Tambahnya.

"Serius?" Aku memandang serius dekat abang tu.

"Serius."

Oh wow, sekarang aku rasa terpanggil untuk ambil medic. Melihat abang tu yakin semacam je, mesti ada sesuatu yang istimewa pasal medic ni. No harm, aku cuma rasa dia great dan abang yang awesome! Sekarang aku rasa lebih yakin untuk ambil medic.

"Abang ni hensemlah." Kawanku membisik.

Aku tidak membalas. Just senyum.  I don't know the real personality of him, but I think he give me a strong first impression enough for me to remember him. Btw, I got an inspiration today. Thanks abang biru! Okay, sekarang menyesal sangat kenapalah lupa tanya nama dia -.- Takpelah. Apa orang cakap? Misteri itu menarik. Biarlah sesuatu yang baik itu datang pada waktu yang tepat. Yang pasti bukan sekarang. Hehehe. Hoho.


Abang medic ni aku jumpa time hadiri profession talk di UIA. Dia in charge dalam exhibiton about medicine. Dalam 16Mac hari tu dari kul 8pagi-5petang.
Sayangnya aku tak tahu nama dia! Sigh =..=



gmbar ihsan google.

No comments:

Post a Comment