Feb 18, 2013

penatnya =o=

Hari yang memenatkan. Pagi ini,aku bangun awal nak siapkan keperluan adik-adik aku sementara mak aku tak ada kat rumah..out station. Em, selepas kemas rumah sikit-sikit aku pulak bersiap sedia untuk driving lesson dengan akak ija. Dalam 45 minit aku menunggu, akhirnya kak ija sampai dgn kereta kancil dan 3 orang lagi anak buah. Patutlaah..kak ija ambil diorang rupanya.

Sampai-sampai di situ, kitaorang terpaksa menunggu jap di barisan duduk bahagian parking. Lama jugaklah menunggu. Then, Shakirah kawan aku sampai. Kitaorang pulak bertukar tempat ke tempat naik bukit untuk mendapatkan kawasan yang lebih luas. Aku bertemu Aiman Syafiq, Naim, Anis, Aisyah Rabihah dan macam-macam lagi. 

A little conversation occurs.

Lama jugaklah aku kena tunggu sebelum aku dapat belajar kereta hari ini. Amylea dan Aida mula belajar dulu. Masing-masing baru first time belajar kat sini (bukan first time belajar kereta). Aku tercongok kat situ sambil borak-borak dgn Shakirah.

Haish..lamanya menunggu. Borak dengan Shakirah. Selang-seli dengan Anis. Lepas tu Naim menyibuk sekali. Haha. Good luck ah utk test jpj nanti :D

Kemudian,


*Pon* 'Hajar!' kak ija memanggil aku.

Okay, sekarang aku akan start memandu. Aku melangkah dengan penuh kegusaran. Aku masuk perlahan-lahan ke dalam kereta.



Mula-mula kak ija perkenalkan aku kepada clutch. Macam mana kaki aku sebelah kiri kena duduk kat clutch dan macam mana kaki aku sebelah kanan kena duduk kat brek/ minyak. Minyak kena tekan sampai paras 2-3 je. Masa pusing kena slowkan kereta. Bila berhenti, tekan clutch sekuat hati and then tekan brek.

Huhu.

Banyak kali juga aku kena sound dengan kak ija. Semuanya gara-gara aku gelabah sangat, masuk gear tak tekan cluth sekuat hati, 3 kali kereta berhenti.

 Kak ija kata aku kena fokus.

'FOKUS!'

Lepas 30 minit yang mendebarkan tu, aku cam pening-pening lalat campur trauma sikit.
*alah, sikit je pun*

yelah.





Aku kena revise balik apa yang aku belajar hari ini. 


1.Start enjin---> tekan cluth, free gear. Start enjin. Tekan cluth, buat gear 1. Angkat brek tangan. Tekan minyak perlahan-lahan. Pada masa yg sama, angkat kaki dari cluth perlahan-lahan. Jalan.



2.Bila berhenti---> tekan cluth sekuat hati, tekan brek.



3.Jalan selepas berhenti---> angkat kaki tekan brek. Tekan minyak perlahan-lahan. Pusing bila perlu.



4.Bila pusing--->perlahankan kenderaan. Lepaskan minyak sedikit, ambil side sedikit kat arah bertentangan, pusing sekuat hati (tenang tapi laju), tekan minyak bila dah pusing.



5.Tekan gear--->Tekan cluth sekuat hati, tukar gear tanpa lihat. 


Masalah aku: 


1.Gubra masuk tukar masuk gear. Tekan sekuat hati!



2.Bila time berhenti je nak pegang gear (Again, gubra!)



3.Tak reti nak estimate banyak mana nak tekan minyak. Kdg-kdg boleh terbabas juga gamaknya.



4.Time berhenti tak tekan clutch betul-betul. Dah kena start enjin balik.


Berlatih visualisation hajar! Maklumlah kereta takde kat depan mata. Hanya mampu membayangkan sahaja.

hmm hmm.

Tetiba rase cam nak makan ice-cream.

yummy >,<



No comments:

Post a Comment