As expected, movie ini ialah movie yang semestinya puas ditonton. Thriller, intense, ketidakadilan menjadi subjek utama kepada movie Dogani atau lebih dikenali sebagai The silenced / Crucible ini.
Kanak-kanak yang kecil menjadi mangsa nafsu serakah.
Kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa penderaan.
Adakah kita mahu duduk diam dan cuma melihat?
Tidak sama sekali.
Itulah yang dilakukan oleh Kang In-Ha. Seorang guru lukisan yang baru sahaja dipindahkan ke Ja Ae School. Perjalanan pertamanya ke sekolah juga telah menunjukkan tanda-tanda buruk akan berlaku. Semakin lama, Kang In-Ha mula menyedari pelajar-pelajar di sekolah ini bukan seperti biasa. Malah semua orang disini juga bukan biasa-biasa. Mereka cuma berlagak biasa.
Bersama-sama Jung Yoo Mi, mereka mencuba sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak menderita dengan penderitaan yang terlalu 'busuk' untuk disebut. Malangnya, mereka yang bersalah masih lagi hidup dan dibebaskan dengan kekotoran penipuan. Min-soo juga meninggal dunia setelah cuba membunuh Mr.Pak yang telah menyeksanya secara seksual akibat digilis kereta api. Sekali lagi, keadilan tidak ditegakkan.
Mereka pelajar pekak, mereka tidak boleh mendengar atau bercakap.
Layakkah mereka menerima nasib seperti ini?
Kes ini masih lagi dalam perbicaraan di dunia sebenar. Manusia seperti ini masih lagi hidup di dunia ini. Nampaknya bukan kita yang mengubah dunia, Dunia yang mengubah kita.
-
Overall, cerita ini sangat awesome ! Cerita yang sangat bagus kualitinya. Cerita yang membuat aku percaya semua orang patut menerima balasan atas apa yang mereka lakukan. Cerita yang membuktikan masih banyak ketidakadilan berlaku di dunia ini. Jalan ceritanya menarik dan 'real'. Bukan hanya filem yang menyentuh perasaan, tetapi juga menyentuh isu-isu yang dipandang sebelah mata oleh masyarakat.
Tiada apa yang tidak bagus pasal pemilihan pelakon-pelakon movie ini. Semuanya berjaya membawakan watak-watak dengan baik. Aku kagum dengan watak Min-soo yang dibawa oleh Baek Seung Hwan. Dia memang pelakon berbakat. 15 tahun baru tu. Soo talented yet at young age. Refreshing.
Goo Yoo juga bagus. Daebak! Dia membawa watak matang dan tenang.
No comments:
Post a Comment