Aku rase terpanggil untuk memperbetulkan stigma masyarakat pasal gelombang k-pop ni.
Why did I like kpop actually? Sebenarnya aku bukanlah kejar rupa or artis-artis yang handsome tu semata-mata. Nak kata aku ini saje je nak cuci mata, aku rasa aku bukanlah yang jenis obsess pada seseorang. Aku pun bukanlah minat sangat reality show yang gelak-gelak je sepanjang masa. Apatah lagi melihat pakaian-pakaian yang sexy dan menjolok mata.
Aku cuma sukakan kelainan. Kelainan pada industri hiburan.
Kualiti.
Sebetulnya berapa ramaikah artis kita yang berkualiti? Sebanyak manakah yang sanggup berusaha, berlatih bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kegemilangan yang mereka ada ?
Jangan sangka dengan begitu mudah mereka mendapat perhatian tak berbelah-bahagi seperti ini.
Adakah kita tahu ada diantara mereka yang tidak menyambung persekolahan semata-mata untuk menjadi penyanyi? Mereka dah tetapkan masa depan mereka dengan melakukan tindakan nekad.
Kita tak melihat tindakan mereka ni sesuatu tindakan yang bodoh. Buktinya, sekarang mereka berjaya.
Dengan musik yang menarik halwa telinga dan penghasilan lagu yang giat berkembang, aku rasa tak salah untuk aku menikmati lagu-lagu yang sudah terpampang di hadapan mata. Mereka bijak menggunakan peluang yang mereka ada.Mereka menyediakan MV yang memakan belanja yang besar. Mereka ada rupa. Mereka ada suara. Who can resist them ? They perfect, almost.
Tapi itu tidak bermakna aku terus obsess pada mereka. Aku tahu aku sepatutnya pandai memilih yang baik mahupun yang buruk. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk.
Pernahkah korang terfikir;
Kalau diorang boleh buat ni, takkan kita tak boleh ?
Infact, diaorang bukan punya lebih kelebihan daripada kita, bukankah manusia ini semuanya sama. Malah, negara kita jauh lagi subur daripada negara diorang ! Apakah bukti dihadapan mata ini salah ?
Setiap kali aku melihat mereka, aku cuma membayangkan kita boleh dikagumi dunia seperti mereka, JIKA KITA MAHU.
Tak pernah terfikir ea? Mulai sekarang fikirkan.
Tetiba aku teringat ada orang post status ni kat facebook. People who believe that they can change the world is usually the person who change it.
Apapaun, aku still envy dengan kpop ! They're awesome, really. Thanks for all those meaningful drama, movie, good songs and versatile artist. Your hardwork's paid off ♥

No comments:
Post a Comment