Jan 22, 2013

Genres of Film & Drama.


Sejak dua menjak ni, aku perasan aku banyak sangat tengok drama or film or apa-apa jelah yang merupakan tayangan gambar. So, terbitlah di hati dan sanubari aku untuk melihat apa yang sebenarnya aku suka daripada filem atau drama yang aku tengok. Apakah genre yang aku suka ? Haa..itulah yang aku tercari-cari.

Aku pun buat kajian pasal benda ni. Zaman sekarang ni senang, aku google je and tup aku dapat apa yang aku cari.


So daripada pencarian aku, aku ringkaskan dengan beberapa genre yang wujud kat muka bumi ini.


1. Action ( Aksi)

Cerita aksi, selalunya memerlukan bujet yang tinggi. Memaparkan aksi lagak ngeri, battles, pelarian, krisis-krisis semula jadi(bencana alam), non-stop motion dan seperti biasa, terdapat watak 'good guy'    melawan 'bad guys'.

2. Adventure (Pengembaraan)

Dengar je adventure aku rasa korang boleh dah bayangkan macam mana. Selalunya filem or drama genre ini memaparkan lokasi-lokasi eksotik, pengambaraan yang menyeronokkan atau boleh juga dikaitkan dengan mitos atau lagenda sesuatu tempat. Aim utama selalunya mencari harta karun.

3. Comedy (Komedi)

Comedy. Filem atau drama bercorak komedi dengan erti kata mudahnya tayangan gambar yang membuat kita ketawa. Terdapat pelbagai jenis komedi seperti sarkastik, slapstik komedi, memeperbesarkan sesuatu perkara, komedi romantik ataupun parodi.

4. Crime & Gangster (Jenayah dan gengsterisme)

Cerita macam ini selalunya berlatarkan mafia, gangster, pistol sana pistol sini, bunuh sana bunuh sini dan apa-apa jelah yang langgar undang-undang. Turut dikaitkan dengan heistic film genre. Heistic film genre ni berkaitan dengan plot dimana sekumpulan manusia berusaha untuk mencuri sesuatu seperti barang yang mendapat permintaan tinggi dunia.

5. Drama

Orang selalu berkata, "Weih, jgn nak berdrama-drama sangatlah."  janganlah terlalu emosi sangat, tulah maksud dia. Emosi ? Yup, drama genre memaparkan plot yang menyentuh emosi, watak realistik dalam menghadapi situasi kehidupan. Selalunya jalan ceritanya intense, memaparkan dillema yang harus ditempuhi watak. Membina jugak cerita seperti ini. Mengajar kita untuk menghadapi hidup ini. YUP INILAH GENRE DRAMA OR FILEM YANG AKU SUKA. Aku sukakan yang ada interaksi sosial and sikit-sikit romantic. Haha. Oh ya dalam bahagian drama ini kita jugak ada melodrama (emosi watak di'enhance' melalui muzik), epics, romantic drama dan dramaticbiographical (drama yang memaparkan isu-isu lebih dewasa).





Secret. Drama, Fantasy, Music, Romance


Daisy. Drama, Romance.

Innocent Man. Drama; Melodrama, romantic.


Love Rain. Romance, Melodrama.


Perahu Kertas. Drama.


My Way. Drama, Action, War, Award Winning.


Bread, Love and Dreams. Drama, Family, Romance.


School 2013. Teen Drama.


Dogani. Drama, Award Winning.


A Werewolf Boy.  Melodrama, Fantasy, Romance, Award Winning.


Architecture 101. Romance, Drama, Award Winning.



Okayla, dah macam listing dah aku ni. Btw, list 2 terbawah yang aku tak tengok lagi. Bakal tengok. Hee.

6. Epics/ Historical.
Cerita genre seperti ini selalunya dikaitkan dengan drama berkostum, melibatkan sejarah terdahulu, perang dan menelan bujet yang besar jugaklah nak buat panorama yang serupa seperti yang digambarkan. 

7.Horror (Seram)
Cerita seram ? Aku tak perlu explain kot. Korang mesti dah dapat agak cerita tu cam mana. Yang pasti, cerita horror ni direka untuk menghasilkan ketakutan kepada para penonton.  Tapi kan, fantasy and supernatural genre selalunya tak digabungkan sekali dengan horror genre. Sub-genres of horror would be Slasher, Teen Terror, Serial Killer, Satanic, Dracula, Frankenstein, etc.

8.Musicals/Dance (Muzikal/tarian)
Selalunya cerita macam ni memaparkan jalan cerita disamping muzik dan tarian. Menarik.  Not my cup of tea, though.

9. Science Fiction (Sci-Fi)
Cerita seperti ini semestinya melibatkan makhluk asing, planets, imposible quest, teknologi futuristik, sesuatu sumber atau kuasa yang tidak diketahui, mad scientist, teknologi berpotensi untuk memusnahkan manusia, a little bit fantasy, kadang-kadang bertindih dengan horror genre.

10. War.
Semestinya pasal perang dan akibatnya. Perebutan kuasa dan tanah jajahan.Aku layan gak cerita macam ni. Tapi aku selalu end up tak faham satu habuk plot dia. Macam siapa yang jahat, siapa bersekongkol dgn siapa, kenapa dia buat tu buat ini. Bila dah belajar perang dunia 1 & 2 kat sekolah barulah aku rase clear sikit. Tak salah aku aku ada tengok cerita Hitler masa aku umur 13 or 14 tahun. And sejak tu aku ada berminat gak tengok cerita perang. Yang terbaru, cerita My Way.


My way. Historical, Drama, Action.
11. Westerns.
Cerita ala-ala koboi dulu. Six-guns, hoses, dusty towns and trails, Indians, u get my meaning right? Filem or drama seperti ni antara kemunculan terawal dalam sejarah industri perfileman.

No comments:

Post a Comment