There is something strange happen after I watch Love Rain. Aku mula percaya akan wujudnya cinta sejati. Cinta yg bukan hanya bersandarkan nafsu dan suka semata-mata, tp lebih kepada deep love yang mengajar aku tentang kehidupan. Memang, cinta yang berlebihan hanya merosakkan tapi itu hanyalah pabila cinta bersandarkan nafsu. Cinta tak semestinya memiliki, dan cinta juga tak semestinya membelakangi orang lain dan bersifat egosentrik. Falsafah cinta terlalu indah untuk dikatakan, dan ia bukanlah hanya sekadar 'Aku mencintaimu.'
Cinta melambangkan tanggungjawab. Cinta yang didasari tanggungjawab bukan hanya bersifat memenuhi keinginan sendiri tetapi melebihkan keperluan pasangan lebih daripada kepentingan sendiri. Cinta itu sendiri adalah suci. Ia perlu dijaga ibarat kristal cantik yang mudah pecah.
Bagi aku, aku hanyalah mahu persamaan. Persamaan dari segi sudut pemikiran atau mungkin seorang yang memahami aku tanpa perlu memahami aku. Maksud aku, dia juga adalah sama seperti aku. Dia memahami aku tatkala aku memerlukan, dia memahami apa yang aku fikirkan.
Bagi kami, cinta adalah mendasari antara satu sama lain. Kami adalah sama. Kami mencintai antara satu sama lain. Kami bercinta kerana Allah. Kerana itu, dia akan membimbing aku ke jalanNya.
Buat seketika, aku mahu seseorang seperti Seo InHa. Dia bersifat jujur dan wujud ketenangan dari dalam dirinya. Aku juga mahu menjadi perempuan istimewa yang dia akan lukiskan jika dia menjumpai teman sejati dlm hidupnya. Salahkah ? Aku mungkin bodoh kerana tak dapat membezakan realiti dan watak dalam fantasi. Tapi aku sudah jatuh cinta pada seni dan falsafah cinta yang mendamaikan.
Haha. Aku rasa tidak salah aku bermimpi.
Kadang-kadang, aku juga berasa mahu menjadi orang yang setia walau aku ditolak mentah-mentah. Ataupun bila cinta kami tidak ditakdirkan bersama. Sekurang-kurangnya, aku akan lebih tabah menghadapi hidup ini. Aku akan lebih belajar dan mempraktikkan optimistik.
Watak Sun-ho memberikan aku inspirasi.
![]() |
![]() |
| I'll be there for you. |
![]() |
| would you be next to me forever...as a friend ? |
![]() |
| Think of me as your wall. Tell me everything. |
"As long as you happy, I'll be happy as I could"
>,<
Love Rain.
-
Aku sedar aku tak harapkan apa-apa pun. Aku cuma nak belajar untuk mendalami hidup ini bersama orang yang aku sayang. Aku suka bermimpi. Mimpi menjadikan aku hidup.
:)
-006.jpg)

-002.jpg)




.png)

No comments:
Post a Comment