Salam blogger ! I'm back after 5 days in kampung..
And now aku akan buat review tntg novel dwilogi karya Andrea Hinata yg tlh selamat aku khatamkan dlm masa 5 hari.
Aku mengembara dgn gembira sekali.
Pemikiran yg cukup indah untuk diteroka.
:)
| sorry. tak reti nak rotate. Such a dummie -.- haha. |
| Padang Bulan Pada mulanya, plotnya agak perlahan. Aku diperkenalkan dengan watak Zamzami, seorang bapa dan suami penyayang yg ingin memberikan kejutan pada isterinya, Syalimah. Bekerja sebagai pendulang timah di sebuah kepulauan Melayu, apalah sangat yg boleh diharapkan. Berkata mengenai kejutan ibarat satu magis, dan ayat magis ni mampu mendebarkan sesiapa pun yg menerimanya. Sebuah basikal. Syalimah tersenyum lebar. Zamzami telah memberikan kejutan terbaik. Tapi tidak sebaik kejutan yg seterusnya. Zamzami ditemui mati ketika mendulang timah. Rangka yg tidak bernyawa tu akhirnya meninggalkan seorang balu bersama 5 org anaknya. Termasuklah Enong, budak itu ditinggalkan terpinga-pinga bersama kamus Inggeris 1000 milyar kata. Kamus itulah yg menjadi peneman hidupnya...shingga akhirnya. Ah, aku tidak pandai berpuitis ! Betapa aku benci diri aku sndiri. Teruskan. Aku kemudiannya dibawa ke susur galur kehidupan Maryamah, atau nama glamornya Enong. Daripada pengorbanannya berhenti sekolah, aku dibawa ke ruang waktu Enong mencari kerja di Tanjong Pandan sehingga keputusan nekadnya mencari pendulang timah wanita di kepulauan itu. Satu tindakan berani sekalipun dipandang remeh. Aku belajar sesuatu daripadanya. Pengarang tidak hanya mahu mengembang 1 watak sahaja. Watak 'aku' aka IKAL dibawa masuk. Daripada sudut diri pertama, aku lebih mengenali watak lulusan sarjana yg cerdas tp pendek ini. Ini soal cinta, dan cinta merentasi bangsa.Aku dibwa ke tindakan nekad 'aku' demi mendapatkan cinta A Ling, gadis Tiong Hua yg dicintainya. Satu demi satu tindakan nekad dilakukan, termasuklah mengatur perlawanan maruah dgn Zinar, lelaki yg disangka perampas jantung hati namun berakhir dgn kekalahan yg memalukan. Semangat lelaki ini tidak pernah lelah, tau. Dia hampir membunuh diri dgn 'Ortoceria', alat peninggi yg disangka mampu menyelesai masalah. Mencari kerja di kota juga sampai tidak jadi, juga kerana A Ling. Semuanya gara-gara A Ling. Satu tindakan nekad, namun jujur dan setia. Aku teringat kata-kata Andrea Hinata melalui watak 'aku' ni, antara lain berbunyi; "Cemburu adalah perahu Nabi Nuh yang tergenang di dalam hati yang karam. Lalu, naiklah ke geladak perahu itu, binatang yg berpasang-pasangan yakni perasaan tidak berdaya-ingin mengalahkan, rencana-rencana jahat-penyesalan, kesedihan-gengsi, kemarahan-keputusasaan, dan ketidakadilan-mengasihani diri. Kurasa, cemburu adalah satu daripada perasaan yang paling aneh yang pernah diciptakan Tuhan untuk manusia." Aku memang kagum dengan cara Ikal menganalogikan hidupnya dgn pengetahuan sedia ada.(sebetulnya- Andrea Hinata ) Ini bukan cerita klise yg biasa, ini cerita cliche yg matang dan membina. Watak 'aku' dan Enong kemudian dipertemu di sebuah pejabat pos. Plot dikembangkan dengan 'aku' membantu Enong-setidak-tidaknya berbahasa Inggeris. Enong mahu menyertai sebuah kursus berbahasa Inggeris. 'aku' membantu Enong membina puisi untuk di'translate'kan Enong. 'Aku' dipertemukan dgn guru Bahasa Inggeris Enong yg mengagumi kemampuannya menulis puisi. Guru tersebut ternyata seorang penggemar n penulis puisi. Mereka saling berutus surat. 'Aku' masih lagi mencintai A Ling seadanya. Cinta Cikgu Indri ditolak. Ending ? Ikal sebenarnya sudah salah faham. A Ling yg menjodohkan Zinar, bukan A Ling dijodohkan dgn Zinar. Nampaknya Detektif M.Nur salah dlm soal ini.Siapa Detektif M.Nur ? Baca dan lihat. |
Watak Enong akan dikembangkan lagi dalam Cinta di Dalam Gelas. Aku juga dibawa kepada keajaiban kopi melalui watak 'Ikal' yg bekerja di kedai Paman. Psikologi sosial menjadi tema utama.
Aku juga belajar falsafah catur disini. Semuanya gara-gara sikap nekad Maryamah yg mahu membuktikan dirinya dgn mencabar Matarom, suaminya dalam permainan catur.
Hebat kan ? Siapa sangka.
Kukira, Andrea Hinata ni adalah seorang penulis, pakar psikologi dan pakar antropologi yg hebat.
No comments:
Post a Comment